Pages

Monday, November 5, 2012

Teknik Belajar Matematik

Ada beberapa perkara tentang belajar matematik. 

1.    Matematik adalah latihan dan latihan. Maksudnya, matematik adalah satu subjek yang    perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Semakin banyak latihan dibuat, semakin cekap.


2.     Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun faham topik tertentu, tetapi tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang telah diambil. Selalunya melatih diri menjawab satu soalan dalam tiga minit. Jadi, cuba kejar masa itu, iaitu menjawab dengan secepat mungkin.


3.    HAFAL SIFIR!  hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 

12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak . Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir
.
4.    Perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika bersikap kisah tidak kisah, sukar untuk menguasai subjek ini.


5.    Kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Kalau  memang tak suka , Caranya, mula-mula buat-buat macam sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment