SUDUT MATEMATIK
LEEHONG FAH D 20112053996 KUMPULAN EL-B05
Friday, November 16, 2012
Monday, November 5, 2012
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK
1. TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET
1.1 Peringkat Deria Motor
1.2 Peringkat Pra-Operasi
1.3 Peringkat Operasi Konkrit
1.4 Peringkat Operasi Formal
2. JEROME BRUNER
Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan.
3. ROBERT GAGNE
Robert Gagne membahagikan pembelajaran kepada lapan peringkat apabila kesukaran pembelajaran bertambah dari peringkat ke peringkat. Lapan peringkat pembelajaran adalah seperti yang berikut;
1. Pembelajaran lambang.
2. Pembelajaran tindak balas ransangan.
3. Rantaian.
4. Pembelajaran perkaitan lisan.
5. Pembelajaran perbezaan.
6. Pembelajaran konsep.
7. Pembelajaran peraturan.
8. Penyelesaian masalah.
Daripada teori-teori diatas, adalah lebih berkesan murid-murid mempelajari konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai situasi dan aktiviti dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membekalkan pelbagai pengalaman konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid dan murid menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik yang hendak disampaikan.
Disamping itu, guru hendaklah menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada murid sebagai asas untuk menyampaikan konsep matematik yang baru. Guru harus juga mengetahui penguasaan murid terhadap topik yang diajar dahulu sebelum memulakan topik yang baru. Contoh-contoh matematik yang ditunjukkan seharusnya berkait rapat dengan kehidupan seharian murid supaya mereka berasa pembelajaran itu bermakna.
Satu faktor penting dalam pengajaran matematik ialah struktur yang terdiri daripada konsep dan petua dan dikaitkan dengan bahagian-bahagian yang lain. Hal ini menunjukkan betapa perlunya perancangan pengajaran matematik yang berbentuk jangka masa panjang. Selain itu, konsep matematik bolehlah diserapkan kepada mata pelajaran yang lain supaya murid-murid dapat mempelajarinya secara tidak langsung.Guru harus juga memastikan bahawa istilah dan bahasa matematik jelas dan mudah difahami oleh murid-murid, kerana hal ini memudahkan pengajaran matematik.
Dalam pengajaran guru, ciri-ciri spesifik, ciri-ciri persamaan dan perbezaan pada sesuatu topik patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan ingatan. Isi pelajaran juga disusun secara logik agar pemindahan pengetahuan menjadi mudah.
Pemberian latihan hendaklah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah, agar pembelajaran berlaku secara licin dan lebih berkesan.
Akhir kata, dengan mempraktikkan teori-teori psikologi pembelajaran kedalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran matematik akan lerbih berkesan lagi.

Teknik Belajar Matematik
Ada beberapa perkara tentang belajar matematik.
1. Matematik adalah latihan dan latihan. Maksudnya, matematik adalah satu subjek yang perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Semakin banyak latihan dibuat, semakin cekap.
2. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun faham topik tertentu, tetapi tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang telah diambil. Selalunya melatih diri menjawab satu soalan dalam tiga minit. Jadi, cuba kejar masa itu, iaitu menjawab dengan secepat mungkin.
3. HAFAL SIFIR! hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa
12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak . Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir
.
4. Perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika bersikap kisah tidak kisah, sukar untuk menguasai subjek ini.
5. Kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Kalau memang tak suka , Caranya, mula-mula buat-buat macam sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit.

Saturday, November 3, 2012
MATEMATIK TAHUN SATU
RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan
profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi
ruang, analisis dan pemikiran abstrak.
Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui
pembelajaran dan aplikasi
matematik.
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid
melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila
mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan
menjadi daya penggerak murid mempelajari
matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih
tinggi.
MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata
pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Friday, November 2, 2012
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN
Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan
memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard ini dipersembahkan
dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bidang
pembelajaran.
Standard Kandungan
Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan
efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.
Standard Pembelajaran
Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau
konsep yang difahami dan keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid
menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam bentuk yang boleh diukur.
Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran
pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan kepada guru
menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif
untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam
matematik.
<!--[if !vml]-->
RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
Matematik merupakan wadah
terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat
penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.
Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi
matematik.
Pembelajaran Matematik
menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami
keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman
sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid
mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang
lebih
tinggi.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)