Pages

Monday, November 5, 2012

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK
 
1.     TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET


1.1 Peringkat Deria Motor
1.2 Peringkat Pra-Operasi
1.3 Peringkat Operasi Konkrit
1.4     Peringkat Operasi Formal


2.       JEROME BRUNER


Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan.


3.     ROBERT GAGNE
Robert Gagne membahagikan pembelajaran kepada lapan peringkat apabila kesukaran pembelajaran bertambah dari peringkat ke peringkat. Lapan peringkat pembelajaran adalah seperti yang berikut;

1. Pembelajaran lambang.
2. Pembelajaran tindak balas ransangan.
3. Rantaian.
4. Pembelajaran perkaitan lisan.
5. Pembelajaran perbezaan.
6. Pembelajaran konsep.
7. Pembelajaran peraturan.
8. Penyelesaian masalah.


Daripada teori-teori diatas, adalah lebih berkesan murid-murid mempelajari konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai situasi dan aktiviti dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membekalkan pelbagai pengalaman konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid dan murid menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik yang hendak disampaikan.

Disamping itu, guru hendaklah menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada murid sebagai asas untuk menyampaikan konsep matematik yang baru. Guru harus juga mengetahui penguasaan murid terhadap topik yang diajar dahulu sebelum memulakan topik yang baru. Contoh-contoh matematik yang ditunjukkan seharusnya berkait rapat dengan kehidupan seharian murid supaya mereka berasa pembelajaran itu bermakna.

Satu faktor penting dalam pengajaran matematik ialah struktur yang terdiri daripada konsep dan petua dan dikaitkan dengan bahagian-bahagian yang lain. Hal ini menunjukkan betapa perlunya perancangan pengajaran matematik yang berbentuk jangka masa panjang. Selain itu, konsep matematik bolehlah diserapkan kepada mata pelajaran yang lain supaya murid-murid dapat mempelajarinya secara tidak langsung.Guru harus juga memastikan bahawa istilah dan bahasa matematik jelas dan mudah difahami oleh murid-murid, kerana hal ini memudahkan pengajaran matematik.

Dalam pengajaran guru, ciri-ciri spesifik, ciri-ciri persamaan dan perbezaan pada sesuatu topik patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan ingatan. Isi pelajaran juga disusun secara logik agar pemindahan pengetahuan menjadi mudah.

Pemberian latihan hendaklah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah, agar pembelajaran berlaku secara licin dan lebih berkesan.

Akhir kata, dengan mempraktikkan teori-teori psikologi pembelajaran kedalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran matematik akan lerbih berkesan lagi.
Teknik Belajar Matematik

Ada beberapa perkara tentang belajar matematik. 

1.    Matematik adalah latihan dan latihan. Maksudnya, matematik adalah satu subjek yang    perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Semakin banyak latihan dibuat, semakin cekap.


2.     Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun faham topik tertentu, tetapi tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang telah diambil. Selalunya melatih diri menjawab satu soalan dalam tiga minit. Jadi, cuba kejar masa itu, iaitu menjawab dengan secepat mungkin.


3.    HAFAL SIFIR!  hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 

12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak . Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir
.
4.    Perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika bersikap kisah tidak kisah, sukar untuk menguasai subjek ini.


5.    Kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Kalau  memang tak suka , Caranya, mula-mula buat-buat macam sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit.

Saturday, November 3, 2012

MATEMATIK TAHUN SATU




RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH  

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.  Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara  berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan  aplikasi matematik.    
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak  murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.   
                            
MATLAMAT 

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. 

Friday, November 2, 2012


STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD  

PEMBELAJARAN  

Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bidang pembelajaran. 
 
Standard Kandungan  

Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.

Standard Pembelajaran
Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu  dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.
Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik.





<!--[if !vml]-->


RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH 

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.  Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara  berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan  aplikasi matematik.    
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak  murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.                             
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->